Seorang lelaki dikecam teruk oleh netizen kerana tindakannya memuat naik beberapa gambar keping gambar serta maklumat pengasuh kanak-kanak di Facebook bagi tujuan tidak senonoh.
Tangkap layar dari Facebook (FB) memaparkan hantaran lelaki tersebut yang sedang mencari seorang pengasuh buat anaknya. Namun hantaran itu disifatkan netizen seperti gangguan seksual terhadap pengasuh-pengasuh wanita di aplikasi berkenaan.
Baca Juga:
- ‘Saya Betul Menyesal’ – Tuan Rumah Minta Maaf Selepas Dikecam Tulis Nota Biadab Buat Rider
- Makan Babi Sambil Sebut ‘Bismillah’, Pempengaruh Indonesia Dikecam Netizen
Lelaki tersebut juga turut mendedahkan perbualannya dengan salah seorang pengasuh wanita yang dihubunginya, namun hantaran itu mengundang komen-komen yang tidak senonoh. Malah, terdapat sebahagian komen yang menggangap ia sebagai jenaka sahaja meskipun pada dasarnya ia sudah keterlaluan.
Menerusi ciapan di Twitter, seorang wanita yang mendedahkan hal tersebut telah mengecam kelakuan lelaki bergelar bapa itu. Malah, beliau juga menyelar tindakan beberapa warganet yang turut serta menjadikan perkara tersebut sebagai bahan jenaka untuk menggatal.
Kesian perempuan muda zaman sekarang. Nak berdikari pun susah. Jadi pengasuh muda berisiko dapat gangguan dari lelaki miang bergelar ayah.
Semua benda nak dibuat lawak. Gambar asal kat post tak hide muka pengasuh ni langsung. Kalau itu anak ko macam mana ya? pic.twitter.com/whA9E3M7vn
— nadmasrom (@nadmasrom) April 14, 2023
Rata-rata netizen juga mengecam tindakan lelaki itu yang bukan sahaja miang malah mendedahkan privasi pengasuh muda yang ditemui di dalam sebuah aplikasi. Perkara ini turut dilihat sangat serius kerana boleh mendatangkan bahaya kepada para pengasuh tersebut.
Please Malaysian don’t normalize
just for joking, alaa gurau sikit je, sembang lah kau kitorang gurau je bukan serius pun.Kalau kitorang pakat lempang korang 100x pun kitorang GURAU!
— 西金 (@xijiinnnn) April 14, 2023
Gila betul. Dah jadi ayah pun masih perangai miang macamni. Report je. Gangguan seksual.
— P. (@fiedo_did0) April 14, 2023
I ada gak install app sitly ni utk carik babysitter anak i,tak pernah skali pun terlintas dlm kepala I mcm bapak si Isaac ni. Kepala otak pervert nak mampss!camni ke nak tunjuk contoh a good father to your son? Memalukan!
— Fio.Na.Lah (@findmefiona) April 14, 2023