Netizen mempersoalkan kenyataan daripada KTMB yang menyatakan bahawa penganjur Pinkfish Festival mematuhi syarat dan garis panduan yang ditetapkan.

KTMB Sahkan Penganjur Acara Parti Dalam Tren Pinkfish Festival Patuhi Syarat

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Pihak KTMB mendapat banyak maklumbalas negatif di atas penganjuran parti itu di atas tren KTM yang dianggap sebagai aktiviti tidak berfaedah dan tidak selari dengan prinsip Malaysia Madani.

Pinkfish Festival adalah parti tarian yang dianjurkan di dalam tren KTMB. Sebelum ini pihak KTMB menjelaskan bahawa ianya sebahagian daripada pakej terbaru yang diperkenalkan syarikat ini sejak 2021.

Menerusi pakej Charter Train atau sewa tren khas, mana mana individu atau organisasi boleh menyewa gerabak tren untuk aktiviti selagi lagi ia tidak melanggar peraturan.

Di mana antara syaratnya adalah, peserta parti tersebut dilarang minum arak, merokok, atau mengambil dadah.

KTMB mengesahkan bahawa pihak penganjur Pinkfish Festival telah mengikut garis panduan tersebut.

Lim Sian See dalam hantaran Facebooknya bertanya: “Confirm ke bahawa pesta dance party itu mematuhi syarat KTM termasuk tiada minuman alkohol? 100% sure?’

Lim kemudian menunjukkan beberapa keping gambar yang agak meragukan. Di mana kelihatan ada peserta yang memegang rokok dan juga dilihat bersama sama dengan minuman disyaki alkohol.

Netizen Persoal Betulkah Peserta Pinkfish Festival Ikut Garis Panduan

Netizen meminta KTMB memberikan penjelasan tentang gambar tersebut. Kerana ianya dianggap melanggar peraturan pengangkutan awam.

Dalam pada itu KTMB telah berjanji akan mengetatkan lagi garis panduan untuk perkhidmatan sewaan tren khas ini demi kepentingan awam dan juga KTMB sendiri.