Sebelum penggunaan dashcam popular di negara ini, agar sukar untuk pihak berkuasa mencari bukti serta pesalah yang melakukan salah laku jalan raya yang boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini berlaku melibatkan pengguna jalan raya lain.
Namun pada harini, ekoran semakin ramai pengguna dashcam di kalangan pengguna jalan raya di Malaysia, pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM (JSPT) mengambil satu langkah efisien dengan memantau mana-mana video dashcam yang tular di media sosial sebelum mengambil tindakan terhadap pesalah laku jalan raya.
Laman Facebook JSPT kini menjadi tumpuan ramai apabila pihak berkuasa sentiasa mengemas kini perkembangan terkini pesalah laku jalan raya yang dikenakan tindakan dalam tempoh yang singkat.
Dalam masa satu hingga ke dua hari sahaja, pihak JSPT akan sampai di hadapan rumah si pesalah laku dan diberikan amaran serta dikenakan saman atas kesalahan dibuat seperti yang direkod dalam ‘video bukti’ dashcam yang tular di media sosial.
Apabila menjengah ruangan komen pada hantaran JSPT yang terbaharu, rata-rata netizen memuji pihak berkuasa cekap dalam ‘memburu’ setiap pesalah laku yang viral dan menyokong pihak JSPT sentiasa mengambil tahu serta mengemas kini hal-hal salah laku jalan raya yang diutarakan oleh orang ramai.
“Polis dan masyarakat berpisah tiada, Terima kasih jua kepada rakyat Malaysia yang sentiasa menjadi mata dan telinga pihak PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang,” jelas pihak JSPT dalam satu hantaran Facebook terbaharu.
Tambah mereka lagi, setiap kerjasama yang diberikan oleh netizen dalam menyalurkan sebarang video dan gambar kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya amatlah dihargai oleh pihak JSPT.
Jadi kita semua perlu sentiasa berjaga-jaga dan patuhi undang-undang semasa berada di atas jalan raya, supaya tiada anggota polis datang ‘mengetuk’ pintu rumah kita pada bila-bila masa.
*Ikuti perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara melalui laman Facebook terbaharu kami, Vocket Car Club.
Lihat sekumpulan geng motosikal mahu sambut tahun baharu di Langkawi ditahan pasukan polis untuk pemeriksaan sejurus sampai di jeti pelabuhan.
Didakwa Mahu Rai Tahun Baharu Di Langkawi, Geng Motosikal ‘Disambut’ Polis Terlebih Dahulu
Kurang 24 Jam Buka Akaun TikTok, ‘Abang Viva Viral’ Raih Lebih 100,000 Pengikut
Keselamatan Bas Dipertikai Kerana Bergerak Senget, Netizen Tampil Beri Penjelasan