Hampir setiap minggu, ada saja pengguna jalan raya merakam video atau gambar tindakkan berbahaya oleh segelintir penunggang basikal yang menggunakan jalan raya sebagai ‘laluan utama’ mereka.
Baru-baru ini seorang pengguna jalan raya berkongsi rakaman dashcam di mana dia nyaris melanggar seorang lelaki yang cuba menukar lorong dari lorong paling kanan jalan semasa mengayuh basikal dalam keadaan gelap.
Kejadian tersebut dirakam pada awal waktu pagi di sekitar kawasan Bintawa, Kuching ketika lelaki ini dalam perjalanan menghantar dua orang anaknya pergi ke sekolah.
Hantaran video tersebut telah mendapat lebih seribu komen yang majoritinya mengecam perbuatan berbahaya penunggang basikal tersebut yang nyaris menyebabkan kemalangan pada awal pagi.
Sudahlah menunggang dalam keadaan gelap, kemudiannya secara tiba-tiba membelok mahu menukar lorong. Nasib baik pemandu sempat membuat brek kecemasan bagi mengelakkan pelanggaran.
Menurut lelaki ini lagi, dia dan kedua-dua anaknya tidak mengalami apa-apa kecederaan semasa membrek kecemasan. Dia berasa sangat kecewa dengan penunggang basikal tersebut yang sanggup membahayakan diri serta pengguna jalan raya lain.
“Saya tidak apa-apa cuma terkejut dan sudah jemu dengan perangai orang yang tidak sayang nyawa macam ini.
“Kalau bercakap mengenai main basikal, saya pun main. Tapi pilihlah tempat yang selamat dan tidak membahayakan nyawa orang dan diri sendiri.
“Bahkan ada juga sebahagian penunggang basikal yang menunjukkan isyarat lucah apabila kena hon. Mereka macam mementingkan diri sendiri sahaja,” luah Galvin apabila ditanya keadaannya selepas insiden tersebut berlaku.
Dalam keadaan ‘seronok’ beriadah menunggang basikal, janganlah lupa dan leka tentang keselamatan serta nyawa diri sendiri dan orang lain. Tersilap kayuhan sedikit, boleh menyebabkan insiden yang tidak diingini boleh berlaku.
Pihak polis telah mengeluarkan kenyataan untuk mendenda mana-mana individu yang berbasikal di lebuh raya tanpa sebarang kebenaran. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
Denda Hingga RM5,000 Dan Penjara 12 Bulan Jika Berbasikal Di Lebuh Raya Tanpa Kebenaran
Geng Basikal Buat Kayuhan Ketika ‘Waktu Puncak’ Undang Kerisauan Orang Ramai
Selamba Kayuh Di Lorong Tengah, Aksi Bahaya Dua Penunggang Basikal Ini Ditegur Netizen