Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib tampil memuat naik video dimana dia gagal menahan air mata apabila satu-satunya anak perempuannya iaitu Dzahira Talita Zahra memaklumkan sudah akil baligh selepas datang haid.

Dalam video itu, Shuib dilihat menangis sampai memeluk Talita mengatakan anaknya itu sudah memasuki alam dewasa dan dia akan mengenang peristiwa tersebut dalam ingatannya buat selama-lamanya..

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Cerita 21 Mac 2024, sebelum berbuka puasa tadi. Satu-satunya anak perempuan daddy (panggilan Shuib) dah masuk ke alam dewasa, dah jadi anak dara.

“Hari ini akan kita kenang sampai bila-bila Talita. Semoga menjadi wanita solehah, wanita hebat dunia akhirat.” tulis Shuib.

Walau bagaimanapun, perkongsian Shuib itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen dimana ada netizen turut berasa terharu. Akan tetapi ada juga netizen yang menegur Shuib.

Ada netizen mengatakan sewajarnya perkara itu disorok dan membandingkan dengan orang zaman dahulu kerana seboleh-bolehnya mahu merahsiakan perkara tersebut tetapi tidak pada zaman kini.