Hospital merupakan salah satu kawasan yang mempunyai masalah parkir tidak mencukupi sehingga menyebabkan orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan mereka di merata-rata tempat.

Baru-baru ini orang ramai teruja apabila melihat kawasan parkir bertingkat di Hospital Selayang sudah beroperasi.

Baca Juga:

Menurut orang ramai penggunaan parkir bertingkat itu merupakan satu solusi yang praktikal dalam menangani masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar kawasan hospital.

@azizimohdismail

Terbaik KKM.

♬ Knockin’ On Heaven’s Door – 2022 Remaster – Guns N’ Roses

Menerusi komen dikongsikan, parkir bertingkat di Hospital Selayang itu mengenakan caj RM2 untuk satu jam, maksimum RM14.

Sumber Gambar: TikTok @azizimohdismail
Sumber Gambar: TikTok @azizimohdismail

Orang ramai turut berpendapat penggunaan parkir seperti itu juga boleh dilaksanakan pada kawasan-kawasan perumahan flat.

Sekaligus ia dapat bagi menyelesaikan masalah ‘cop parkir’ yang sering menjadi perdebatan bukan sahaja penduduk setempat, bahkan netizen di internet.