Pasport Malaysia bukan sahaja antara yang terkuat di dunia malah ia juga didatangkan dengan nilai estetik yang tidak kita perasan selama ini.
Menerusi perkongsian pengguna @localrkyt di X, telah dimuat nakk sebuah video yang mana memperlihatkan rupa ‘sebenar’ pasport yang dahulunya dianggap biasa sahaja.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat seorang individu membelek buku pasport yang pada mata kasar kelihatan biasa namun apabila dipancarkan cahaya UV maka terpaparlah kecantikan yang tersembunyi.
Pada setiap helaian bakal dipaparkan sejumlah bangunan atau masjid yang ikonik di Malaysia serta ada imej sekuntum bunga raya pada kemasannya.
Difahamkan ini merupakan salah satu ciri keselamatan yang disertakan pada pasport Malaysia. Bahkan, dengan penambahan ‘detailing’ ini sebenarnya menjadikan pasport berkenaan tampak lebih premium berbanding dengan negara lain.
Walaupun pasport sering dilihat sebagai dokumen perjalanan yang ringkas, ia sebenarnya boleh menjadi simbol kebanggaan sesebuah negara dengan mempamerkan keunikan kesenian dan budaya yang boleh ditonjolkan padanya.
Patutla buat passport mahal 😅 pic.twitter.com/wai3iyGwey
— 🇲🇾 (@localrkyt) November 7, 2024
Susulan itu, majoriti netizen meluahkan rasa keterujaan melihat rupa sebenar pasport Malaysia selepas pendedahan dari video tersebut.


Malah, ramai yang memuji akan kecantikan dengan detailing yang dibawakan menerusinya dan berseloroh inilah sebab mengapa pihak imigresen mengambil masa yang lama untuk memberi pengesahan.