Pada 14 Jun yang lalu, Puteri Sarah liyana telah sah bercerai dengan Syamsul Yusof talak satu dan kini Puteri Sarah sedang menjalani tempoh iddah.

Selepas penceraian tersebut, Puteri Sarah menerima kritikan netizen apabila dia sering berkongsi gambar yang kelihatan gembira bersama rakan-rakannya di media sosial dan mendakwa dia tidak menghormati tempoh iddah.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Susulan itu, Datuk Yusof Haslam tampil mempertahankannya dan tidak ada masalah dengan penampilan bekas menantunya yang terlihat semakin cantik.

Menerusi laporan, Yusof berkata bahawa wajar untuk Sarah tampil cantik dan bergaya biarpun dirinya masih dalam tempoh iddah kerana perlu mencari rezeki.

Dalam pada itu, Yusof turut memaklumkan dia menghormati waktu dan kelapangan Sarah untuk berjumpa dengan cucu-cucunya.