Niat seorang wanita Singapura mahu makan durian di Johor bertukar tragedi selepas beliau kerugian sehingga RM380,000 selepas dia memuat naik aplikasi pihak ketiga di dalam telefonnya, sehingga ia menyebabkan wang simpanannya habis dicuri.

Bercakap kepada The Straits Times (ST), Lie berusia 52 tahun seorang pekerja sambilan berkata dia terjumpa sebuah iklan di Facebook oleh pihak ‘GD Travel & Tour’ dengan harga $28 (sekitar RM96) untuk pakej makan durian sehari di Kulai, Johor pada 10 Sept.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Disebabkan beliau pernah mengambil pakej yang sama pada tahun lalu, tanpa rasa curiga beliau terus menghubungi pihak penjual tersebut di Facebook.

Tidak lama kemudian, penjual tersebut menghantar mesej kepadanya di WhatsApp dan mengarahkannya untuk memuat turun dan memasang aplikasi pihak ketiga bernama ‘EG Store’ untuk mengimbas tawaran tersebut.

“Saya tidak curiga dengannya. Dia mempunyai loghat Malaysia yang kuat dan kedengaran sangat ikhlas. Dia sabar dan membantu dengan soalan saya tentang lawatan itu jadi saya percaya dia.

“Tetapi, saya tidak jadi membeli tiket tersebut kerana rakan saya memilih untuk tidak pergi. Saya juga tidak memberikannya butiran atau alamat perbankan saya kepada penjual tersebut,” katanya.

Seminggu selepas kejadian tersebut, Lie mahu membayar bil kad kredit tetapi tidak dapat mengakses aplikasi perbankan internetnya.

Anak lelakinya, Teo terus menghubungi Bank Pembangunan Singapura Limited (DBS) kerana menganggap perkhidmatan perbankan digital mereka menghadapi masalah.

Dia kemudiannya diberitahu oleh pegawai bank bahawa akaun Lie telah dikunci pada 13 Sept dan sejumlah besar dolar AS telah dipindah keluar.

Difahamkan bahawa scammer tersebut berjaya meningkatkan had transaksi Lie dan mencuri lebih S$110,000 (sekitar RM380,000) daripada dua akaun simpanan DBS sebelum memindahkannya ke lima akaun lain.

“Saya menangis setiap hari dan tidak boleh tidur. Ini adalah wang saya yang disimpan selama tiga dekad. Saya memadam semua aplikasi perbankan dalam telefon kerana saya sangat takut,” katanya sebak.

Lie menambah bahawa dia meminta bantuan daripada DBS dan  seorang Ahli Parlimen. Dia juga membuat laporan polis pada 18 Sept, di mana siasatan sedang dijalankan.

Dia juga mempersoalkan mengapa dia tidak dimaklumkan oleh DBS sama ada melalui e-mel atau kata laluan OTP mengenai wangnya yang telah dikeluarkan.

Sumber