NIVEA telah menerima pengiktirafan dari “Malaysia Book of Records” untuk Penyertaan Terbesar dalam Cabaran Anti Bintik Hitam di mana ribuan rakyat Malaysia memberi testimoni positif terhadap ujian dan bukti revolusi NIVEA LUMINOUS 630.

Malah, lebih dari 90% pengguna sebenar produk bersetuju dengan kandungan terobosan LUMINOUS 630 yang sangat efektif dalam melawan bintik hitam.

Baca Juga:

Bukan itu saja, dalam satu tinjauan di kalangan pengguna tempatan, NIVEA menerima maklum balas yang menakjubkan di mana 99% bersetuju bahawa produk itu membantu memberikan mereka kulit yang tanpa cela dan berseri.

Menurut Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura, Encik Ng Hock Guan, anugerah dan pengiktirafan yang diterima itu khas buat semua pengguna sebenar NIVEA LUMINOUS630 di Malaysia.

En. Ng juga berkongsi bahawa Nivea Luminous 630 adalah hasil dari 10 tahun kajian yang mendalam dan melalui proses pengujian 50,000 molekul oleh saintis kulit di Jerman.

Nivea Luminous 630 Anti Dark-Spot Serum merupakan ciptaan anti bintik hitam terobosan yang dirumuskan untuk mengurangkan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam masa 2 minggu tanpa merosakkan kulit.

Rangkaian NIVEA LUMINOUS 630 Anti Dark-Spot Serum boleh didapati di semua cawangan Watsons. Untuk maklumat lanjut, sila ikuti www.facebook.com/mynivea atau layari www.nivea.com.my.