Skuad kebangsaan Norway dilaporkan mengambil pendekatan unik menjelang saingan Piala Dunia apabila bukan sahaja membawa pemain, tetapi turut mengangkut “kitchen setup” lengkap bersama pasukan mereka ke kejohanan tersebut.
Menurut laporan, delegasi Norway tiba dengan bekalan makanan dalam jumlah luar biasa bagi memastikan diet pemain kekal konsisten sepanjang kejohanan. Antara yang dibawa termasuk 300 kilogram ikan, 116 kilogram keju, dan 6,000 biji oren.
Langkah tersebut dipercayai bertujuan untuk mengekalkan rutin pemakanan tradisional pemain Norway, yang menjadi sebahagian penting dalam program prestasi dan pemulihan mereka.
Selain itu, amat penting untuk pemain makan makanan yang kena ‘tekak’ supaya mereka tidak bergelut dengan pemakanan ketika berada di negara lain.
Lebih menarik, pasukan itu turut membawa chef serta tenaga pakar kulinari dari Norway untuk memastikan setiap hidangan disediakan mengikut standard pemakanan yang biasa diamalkan skuad tersebut.
Pendekatan ini dilihat sebagai usaha serius untuk mengelakkan gangguan adaptasi makanan di negara tuan rumah, selain mengekalkan tahap kecergasan optimum sepanjang kejohanan berlangsung.
Dengan persiapan luar biasa ini, Norway jelas menunjukkan bahawa persiapan ke Piala Dunia bukan hanya melibatkan taktikal di atas padang, tetapi juga disiplin di dapur.
Mereka melakukan polisi yang sama ketika menghantar atlet ke Sukan Olimpik sebelum ini.
🐟🍊🧀✈️ NORWAY BRINGS ITS KITCHEN TO THE WORLD CUP
• 🇳🇴 Norway has decided to bring large quantities of traditional food with the national team to the United States.
• 🐟 The shipment includes 300 kg of fish.
• 🍊 It also includes 6,000 oranges.
• 🧀 And 116 kg of… pic.twitter.com/KBZqY5EJEy
— Pitch Wire (@wire_pitch) June 9, 2026
Skuad Norway kali ini dianggap boleh melakukan kejutan dengan adanya salah seorang penyerang terbaik dunia, Erling Haaland dan playmaker kreatif, Martin Odegaard.