Setelah sekian lama dinantikan oleh para peminat, Nothing kini secara rasminya melancarkan Nothing Ear (2) iaitu TWS flagship yang tampil serba canggih untuk hasil audio terbaik bersama rekaan ikonik mereka.

Nothing menyatakan mereka pada kali ini menfokuskan kepada kualiti audio serta kemampuan mencipta profil audio tersendiri untuk pengalaman pendengaran yang lebih menepati citarasa pengguna di luar sana. Mari kita lihat menyemak spesifikasi Nothing Ear (2) yang dilancarkan ini.

Baca Juga:

Nothing Ear (2)

nothing ear 2
Sumber Gambar: Nothing

Nothing Ear (2) kali ini menampilkan beberapa penambah baikan yang mantap termasuklah dari segi rekaan mahu pun kualiti audio. Rupa Nothing Ear (2) ini kelihatan mirip sahaja seperti Ear (1) tetapi mempunyai kes simpanan yang lebih kecil dan ringan sekaligus mudah untuk dibawa.

Dari segi audio pula, Nothing Ear (2) berjaya menarik perhatian apabila menyokong Hi Res Audio 24-bit dan LHDC 5.0 di samping mempunyai talaan sendiri yang mampu memberikan kualiti bertaraf studio.

Sumber Gambar: Nothing

Kemudian turut diperkenalkan Clear Voice Technology yang menggunakan enam mikrofon untuk panggilan telefon lebih jelas dan pengurangan hingar yang lebih pintar.

Untuk pembatalan hingar (ANC), ia mempunyai ciri Personal Sound Profile yang turut mempunyai sokongan Ear Fit Tip Test untuk memastikan hasil audio mengikut keselesaan telinga anda. Nothing berkata ANC kali ini mampu menghilangkan hingar sehingga 40db.

nothing ear 2
Sumber Gambar: Nothing

Ciri menarik lain yang turut menjadi perhatian termasuklah sokongan Dual Connection untuk sambungan serentak ke dua peranti di samping menyokong perlindungan air IP55 pada Ear (2) dan juga kerangkanya dengan IP54.

Ear (2) ini diumumkan dapat bertahan sehingga 36 jam dengan bekasnya dan dapat lapan jam penggunaan selepas 10 minit pengecasan. Sokongan pengecasan wireless dengan Qi berkelajuan 2.5 turut disertakan pada Ear (2).

nothing ear 2
Sumber Gambar: Nothing

Pada kali ini, tiada lagi menggunakan kawalan sentuhan tetapi sebaliknya bertukar kepada kawalan picit dan tetapan lain boleh menggunakan aplikasi Nothing X. Selain itu, Nothing Ear (2) boleh digunakan pada peranti yang menjalankan sistem operasi Android 5.1 dan ke atas sementara iOS 11 dan ke atas.

Untuk anda yang berminat, harga jualan di Malaysia adalah RM599 dengan satu pilihan warna iaitu putih. Malah, anda boleh membuat pra-tempahan bermula 12:00 AM pada 23 Mac ini.

Sumber