Pernah mengaku dirinya sebagai Raja Kripto Kanada, Aiden Pleterski telah diculik, diseksa dan dan ditahan dengan wang tebusan selepas melarikan jutaan dolar duit pelabur berdasarkan satu laporan mahkamah yang difailkan awal bulan ini.
Aiden telah diishytiharkan muflis pada Ogos dan lelaki berusia 23 tahun itu telah berdepan pertuduhan selepas melarikan duit pelabur. Beliau telah menjanjikan pulangan yang sihat sebanyak 7% kepada pelaburnya, tetapi semuanya runtuh dan akhirnya selepas beliau muflis.

Baca Juga:
- Bahana Promosi Skim Kriptowang, Jake Paul Dan Lindsay Lohan Didakwa Oleh SEC
- CEO JP Morgan Label Bitcoin Dan Pasaran Kripto Sebagai Skim Ponzi
- Sekadar ‘Hype’ Dan Tidak Stabil, Ini Respon Tun Mahathir Terhadap Kriptowang
Bapa Aiden berkata Aiden telah diculik pada waktu tengah malam Disember lalu dan ditahan selama 3 hari. Penculik kemudiannya telah meminta wang tebusan USD2.1 juta (RM9 juta).
Aiden kemudiannya dilepaskan tetapi diugut untuk membayar wang tebusan atau sesuatu yang buruk akan terjadi kepadanya.
Pemilik rumah sewa mewah yang Aiden duduki turut mengesahkan perkara tersebut. Menurut tuan rumah, beliau ada menerima panggilan daripada Aiden yang merayu untuk ‘meminjam’ jutaan dolar untuk membayar wang tebusan tersebut.
Tiada suspek didedahkan ketika ini dan polis Toronto tidak berkongsi informasi sama ada suspek telah ditahan atau pun tidak.
23 year old Canadian ‘crypto king’ was tortured & abducted after trying to finesse his investors out of $29M before blowing $12M on fleet of supercars, luxury vacations and a private jet “He was held for 3 days, they drove him around & beat him” pic.twitter.com/vuAbbNYD8s
— SAY CHEESE! 👄🧀 (@SaycheeseDGTL) March 27, 2023
Aiden telah menggunakan duit yang diterimanya untuk pelaburan kripto dan pelaburan forex. Berdasarkan jumlah USD41.5 juta (RM182 juta) yang diterimanya, Aiden hanya melaburkan sekitar 2% sahaja daripada jumlah duit tersebut.
Aiden juga dilaporkan telah menggunakan USD12 juta (RM52 juta) daripada duit pelaburan tersebut untuk tujuan ‘biayai kehidupan mewahnya’ antaranya menyewa jet mewah, bercuti, membeli haiwan eksotik dan membeli kereta mewah antaranya 3 unit Lamborghini, 3 unit McLaren, sebuah Land Rover, sebuah Ferrari dan sebuah BMW.