Anda pernah tak jumpa seseorang yang memakai baju berjenama dari kepala sampai kaki, tapi entah kenapa gaya dia nampak macam “kurang menjadi”?

Sebaliknya, ada individu yang cuma sarung kemeja plain dan seluar jeans bundle, tapi karisma dia macam watak utama dalam drama.

Sebenarnya, rahsia penampilan yang nampak mewah dan kemas bukan terletak pada jumlah sifar dekat tanda harga.

Kadang-kadang, perincian kecil yang kita terlepas pandang itulah yang diam-diam sabotaj keseluruhan “outfit”

Ini 5 elemen dalam cara anda berpakaian yang boleh buatkan penampilan nampak murahan tanpa anda sedar.

  • 1. Baju Berkedut 
  • Baju berkedut

Sebagus mana pun material baju anda, kalau kedutnya berselirat macam peta jalan raya, nilai gaya tersebut.

Kemeja berkedut memberi gambaran anda seorang yang tergesa-gesa, tidak terurus dan kurang prihatin terhadap penampilan diri.

Pro-Tip: Pelaburan pada sebuah garment steamer poket adalah penyelamat utama. Cuma ambil masa dua minit sebelum keluar rumah untuk steam bahagian yang ketara.

2. Kasut Yang Kotor Atau Tapak Haus

Kasut lusuh

Orang selalu cakap, benda pertama yang orang akan lihat pada anda ialah kasut. Kenyataan ini memang 100% tepat.

Anda boleh pakai sut paling kemas, tapi kalau kasut kulit nampak kusam atau kasut sneakers putih dah bertukar warna konkrit, ia terus mencuri tumpuan secara negatif.

Pro-Tip: Sentiasa simpan shoe wipes dalam beg atau kereta. Untuk kasut kain/sneakers, pastikan dibersihkan secara berkala supaya warna asalnya kekal terserlah.

3. Pakaian Yang Tak ‘Fit’ Dengan Saiz Badan

Oversized shirt

Oversized style memang trending, tapi ada beza antara pakaian yang direka khas untuk gaya oversized dengan baju yang sekadar kebesaran atau terlampau ketat.

Baju yang gelebeh di bahagian bahu atau seluar yang terlampau panjang hingga menyapu lantai akan buatkan anda nampak seperti meminjam baju orang lain.

Pro-Tip: Cari tukang jahit, tailor tempatan yang bagus. Potong labuh seluar atau kemaskan bahagian pinggang mengikut ukuran badan anda.

Baju biasa yang fit dengan sempurna akan sentiasa nampak lebih mahal berbanding baju mahal yang salah saiz.

  1. Logo Jenama Yang Terlalu Gergasi (Overbranding)

Overbranding

Penggunaan logo gergasi yang memenuhi dada atau corak monogram dari atas ke bawah sering kali memberi impak sebaliknya.

Penampilan yang sarat dengan branding nampak terlalu mencuba trying too hard dan mengganggu estetika keseluruhan.

Penampilan yang serba mewah selalunya datang daripada konsep quiet luxury kemas, ringkas dan fokus kepada kualiti potongannya.

Pro-Tip: Pilih pakaian yang mempunyai logo bersaiz kecil subtle atau tanpa logo langsung. Biarkan keselesaan dan kualiti fabrik yang ‘bercakap’ untuk gaya anda.

5. Aksesori Yang Pudar, Berkarat Atau Terlampau Sarat

Aksesori

Aksesori sepatutnya menjadi pelengkap gaya, bukannya gangguan. Jam tangan dengan tali kulit yang dah terkoyak, rantai yang dah mula turun warna, atau penggunaan barang kemas yang terlampau sarat boleh merosakkan imej visual anda secara drastik.

Pro-Tip: Less is always more. Cukup sekadar satu atau dua aksesori minima seperti sebuah jam tangan klasik dan cincin ringkas yang bersih serta terjaga.

Penampilan yang menarik bukan soal membakar duit untuk membeli barang berjenama, tetapi tentang sejauh mana anda menghargai dan menjaga apa yang dipakai.

Selepas ini, sebelum melangkah keluar dari rumah, cuba semak semula lima perkara di atas.

Gaya fesyen apa yang paling anda gemari untuk nampak kekal dan minimalist setiap hari?