Sejak beberapa hari lalu pakaian rasmi atlet Malaysia untuk Olimpik 2024 mencetus perdebatan netizen. Sehinggakan ramai tampil ‘membantu’ membuat semula rekaan pakaian tersebut.

Terbaharu, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dilaporkan mempertimbangkan untuk memperkenalkan versi pakaian rasmi Malaysia yang lebih baik, petik New Straits Times.

Baca Juga:

Sumber memberitahu Timesport bahawa MOM bekerjasama dengan syarikat peralatan sukan Yonex untuk mereka bentuk pakaian baharu khas untuk atlet Malaysia yang akan ke Sukan Paris.

“OCM kini sedang menyelesaikan masalah ini dengan Yonex untuk menghasilkan pakaian eksklusif hanya untuk atlet.

“Jumlah terhad akan dihasilkan untuk dianggarkan 25 atlet,” kata sumber itu.

Tambah sumber lagi, ahli kontinjen lain, termasuk jurulatih, kakitangan sokongan, dan pegawai, akan terus menggunakan pakaian rekaan kontroversi tersebut.

Berhubung pemilihan rekaan kontroversi itu, sumber menyatakan Yonex pada mulanya mengesyorkan beberapa reka bentuk kepada MOM. Sebuah jawatankuasa MOM memilih reka bentuk yang kelihatan menarik di atas kertas, namun ia tidak berlaku sejurus rekaan itu dicetak pada pakaian rasmi.

Sumber