Pada hari semalam peminat sukan tanah air meluahkan rasa tidak puas hati selepas melihat baju rasmi yang bakal disarung oleh atlet Malaysia untuk temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Tidak mengambil masa yang lama, warganet segera ‘mencantikkan’ pakaian rasmi daripada Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu mengikut kreativiti masing-masing.

Baca Juga:

Ternyatakan rekaan mereka mendapat pujian netizen kerana ia bersifat global dan nampak lebih ‘garang’ berbanding rekaan asal yang dilancarkan semalam.

Anda boleh lihat beberapa rekaan yang dikongsikan warganet di bawah.

 

Orang ramai turut memberikan sokongan terhadap pereka-pereka yang membuat semula rekaan baju Olimpik itu dan sedia membelinya jika ada dijual.

“Sepatutnya kementerian buat pertandingan terbuka untuk perkara-perkara seperti ini. Banyak jenama tempatan yang kreatif. Itu belum kira individu lagi. Daripada situ nanti boleh kembangkan ke produk-produk dan kempen-kempen yang lain lagi,” ujar salah seorang pengguna X.com.

Dalam pada itu, berhubung rekaan baju olimpik itu, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menegaskan pihaknya tidak bertanggungjawab dalam rekaan baju berkenaan.

Semua keputusan terletak di atas bahu MOM yang bekerjasama dengan pengeluar barangan sukan ternama iaitu Yonex.

Netizen turut tag YB Hannah Yeoh pada platform X.com memberitahu bahawa masih sempat lagi untuk menukar rekaan baju rasmi Olimpik atlet Malaysia menggunakan rekaan yang sudah dibuat oleh orang ramai.