Pundit atau pakar pemerhati bola sepak, legenda Ruud Gullit berpendapat pemain yang meninggalkan Manchester United kebiasaannya akan terus jadi hebat dan cemerlang.
Ianya dianggap seperti satu trend, setiap kali pemain meninggalkan Red Devils nama mereka tiba tiba melonjak naik.
Misalnya Scott McTominay di Napoli. Di mana pemain itu musim lalu menjadi bintang utama kelab Naples itu untuk menjulang kejuaraan Serie A.
Dia kini menjadi antara pemain tengah terbaik di liga utama Eropah.
Selain itu pemain seperti Antony juga sangat cemerlang ketika dalam tempoh pinjaman bersama Real Betis. Dia kembali menjadi Antony yang lincah dan tajam seperti beberapa tahun lalu, ketika bersama Ajax.
Tidak lupa juga, lebih ke belakang, Jesse Lingard pernah ‘mengganas’ ketika bersama West Ham secara pinjaman.
Gullit berkata: “Semua pemain yang meninggalkan Manchester United tiba tiba menjadi luar biasa dan bermain bola sepak yang mengagumkan di kelab baharu mereka.
“Scott McTominay di Napoli, Marcus Rashford di Aston Villa [musim lalu], Antony di Real Betis [juga musim lalu].
“Jadi, Manchester United adalah masalah sebenar 100%.”
🚨🗣️ 𝗡𝗘𝗪: Gullit: "Everyone that leaves Manchester United suddenly plays great at their new club. Scott McTominay at Napoli, Marcus Rashford at Aston Villa, Antony at Real Betis. Manchester United is the problem, 100%." pic.twitter.com/dU7Frr7KzV
— The Touchline | 𝐓 (@TouchlineX) August 26, 2025
Adakah anda setuju dengan pandangan Gullit? Kerana di media sosial, ramai peminat United tidak setuju. Misalnya Jadon Sancho yang masih gagal cemerlang di kelab lain.