Crystal Palace sedia menjual Eberechi Eze kepada Arsenal. Dengan syarat The Gunners harus membayar wang pendahuluan separuh daripada harga klausa pelepasan tersebut.

Eze dilaporkan memiliki klausa pelepasan sekitar £67.5 juta. Bermakna Arsenal harus membayar kira £35 juta pendahuluan jika mereka mahukan pemain berbakat besar itu.

Eze adalah pemain serba bole. Dan usianya yang masih muda menjadikan dia pemain yang sudah menarik perhatian banyak kelab besar Eropah yang lain.

Pemain tersebut sangat efektif bermain sebagai pemain no/10 dan juga sebagai pemain sayap kiri. Selain itu, Eze juga mampu bermain di posisi tengah.

eze
Infografik: Sky Sports

Palace tetapkan bayaran untuk Eze

Eze menjadi pemain yang berada dalam radar Arsenal. Namun Arsenal memberikan perhatian untuk mendapatkan Noni Madueke dan Gyokeres terlebih dahulu.

Kini dua pemain itu sudah sah menjadi milik Arsenal. Kelab itu boleh memberikan perhatian untuk mendapatkan Eze.

Fabrizio Romano melaporkan The Gunners sedang berusaha  untuk menjual beberapa pemain dalam usaha mereka menambah dana untuk perpindahan Eze.

Menurut Palace, mereka akan menerima £67.5 juta secara sekali bayaran dan melepaskan Eze. Jika Arsenal mahu membayar secara ansuran, harganya berbeza.

Arsenal harus membayar £35 juta pendahuluan dan menyertakan beberapa lagi bonus lain yang mencecah £7.5 juta.

The Guardian melaporkan, jika Arsenal memutuskan untuk pakej ansuran, harga keseluruhan Eze akan mencecah £95 juta termasuk bonus.£35 juta sebagai deposit dan £60 juta adalah bayaran yang harus dilangsaikan selepas itu – termasuk bonus.

Jika Crystal Palace menjual Eze, kelab lamanya QPR berhak mendapat 15% daripada hasil penjualan tersebut. Bermakna QPR akan mendapat lebih £14 juta daripada penjualan itu secara tetap. Malah The Guardian melaporkan QPR mungkin boleh mendapat sehingga £19 juta jika bonus tambahan terus meningkat.