Terdahulu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Syamimia telah dikecam teruk kerana berkeras mahu bersifat neutral dalam perihal krisis Israel-Palestin di samping menjadikan parung dewa yunani sebagai perhiasan rumah.

Akibatnya, beliau terpaksa menanggung kehilangan jumlah pengikut mencecah hampir 400,000 dalam tempoh masa yang singkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: TikTok syamimia_

Terkini, Syamimia tampil menyatakan sokongannya terhadap negara Palestin menerusi hantaran dimuat naik menerusi IG Story.

Menerusi hantaran tersebut, Syamimia memuat naik satu gambar bersama suami dan anaknya dengan slogan politik  megara Palestin.

Walau bagaimanapun, hantaran tersebut telah menerima pelbagai respon daripada warganet.

Sumber Gambar: TikTok syamimia_

Menjengah ke ruangan komen, majoriti netizen mengatakan tindakan Syamimia yang baru sahaja menyatakan sokongan dan solidaritinya kepada warga Palestin sebagai sudah terlambat selepas teruk dikecam oleh pengikut di TikTok.

Bagaimanapun, ada juga yang memberikan semangat kepada pempengaruh itu dengan mengatakan bahawa tidak terlambat untuk berbuat demikian.

Dalam pada itu, sebahagian mereka juga menasihati warganet yang lain untuk tidak menghukum seseorang berdasarkan kekhilafan lalu yang dilakukannya.

Pada minggu lalu, beliau sudah pun memohon maaf secara terbuka kepada netiEn dan sedia memberi sokongan kepada Palestin. Malah, beliau juga telah melupuskan patung hiasan selepas diberi nasihat oleh orang ramai.