Seronoknya kalau ada kad kredit! Nampak seronok kan bila boleh dapat cashback atau points bila ada kad kredit ni? Tetapi bagi penasihat kewangan, Puan Nafisah Amran kad kredit ini umpama double-edged sword; ia boleh bantu atau ‘cederakan’ anda.
Ia menerusi pengalaman Puan Nafisah sendiri. “Sebelum saya menjadi seorang budgetting coach bercerita tentang cara urus gaji ini, saya pun pernah terjebak dengan masalah kad kredit.
“Saya ada masalah kad kredit yang sangat banyak. Ia bermula dengan satu kad kredit saya max. Nak selesaikan masalah saya buat personal loan. Jadi kita kambus hutang dengan hutang. Benda itu perangkap sebenarnya.
“Bermula dari situ saya sedar yang saya tak pandai urus gaji. Jadi kad kredit ini kalau betul cara guna dan cara kita urus duit, ia boleh beri manfaat kepada kita,” ujar Puan Nafisah.
Begitu juga Puan Nafisah ada berkongsi tentang ratio urus duit ’50-30-20′. Apa sebenarnya ’50-30-20′? Anda boleh tonton perkongsian penuh Puan Nafisah tentang cara urus gaji dalam video di atas.
Masih tidak terlambat untuk bermula. Yang bakal buat anda kekal sengsara adalah kerana anda tidak mula. Semoga bermanfaat!