Pada pertengahan minggu lalu, Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan syarikat pembuat kereta elektrik terkemuka, Tesla akan memulakan operasi di Malaysia seawal akhir Oktober atau awal November ini.
Baru-baru ini pempengaruh digital, Richard Ker berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan papan tanda Tesla bagi ibu pejabat serantau di negara ini sudah dipasang pada salah satu bangunan di Cyberjaya.
Baca Juga:
- Anwar Ibrahim Dedah Tesla Bakal Mulakan Operasi Di Malaysia Seawal Akhir Oktober Ini
- Pejabat Tesla Malaysia Bakal Dibuka, Anwar Ibrahim Mahu Rasmikan Sekali Bersama Elon Musk
- ‘Kita Mudahkan Urusannya’ – Anwar Ibrahim Dedah Sebab Elon Musk Pilih Melabur Di Malaysia
The signboard is up at Tesla’s new regional office in Cyberjaya, Malaysia 🇲🇾 #Cyberjaya
Source: WhatsApp groups pic.twitter.com/aGvFBbfyPx
— Richard Ker (@richardker) September 20, 2023
Logo Tesla tersebut diletakkan pada tengah-tengah pintu utama bangunan dan logo itu boleh bernyala serta mudah dilihat pada waktu malam dengan jelas.
Sementara itu, Anwar Ibrahim menyatakan beliau dijemput untuk merasmikan ibu pejabat baharu Tesla yang terletak di Cyberjaya itu.
Beliau juga mendedahkan disebabkan beberapa urusan birokrasi dipermudahkan, oleh sebab itu Elon Musk pilih mengembangkan beberapa perniagaannya di Malaysia, termasuk Starlink dan SpaceX.