Pada pertengahan minggu lalu, Perdana Menteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan syarikat pembuat kereta elektrik terkemuka, Tesla akan memulakan operasi di Malaysia seawal akhir Oktober atau awal November ini.

Baru-baru ini pempengaruh digital, Richard Ker berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan papan tanda Tesla bagi ibu pejabat serantau di negara ini sudah dipasang pada salah satu bangunan di Cyberjaya.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Logo Tesla tersebut diletakkan pada tengah-tengah pintu utama bangunan dan logo itu boleh bernyala serta mudah dilihat pada waktu malam dengan jelas.

Sementara itu, Anwar Ibrahim menyatakan beliau dijemput untuk merasmikan ibu pejabat baharu Tesla yang terletak di Cyberjaya itu.

Beliau juga mendedahkan disebabkan beberapa urusan birokrasi dipermudahkan, oleh sebab itu Elon Musk pilih mengembangkan beberapa perniagaannya di Malaysia, termasuk Starlink dan SpaceX.

Sumber