Kejatuhan harga Bitcoin baru-baru ini memberi tamparan hebat buat para pelombong Bitcoin. Susulan daripada insiden yang menimpa bursa kripto FTX, sejumlah pelombong kripto terpaksa mengambil drastik dengan menjual pegangan Bitcoin mereka untuk menampung perbelanjaan.
Rata-rata pelombong Bitcoin telah menjual pegangan kripto mereka secara besar-besaran di mana menunjukkan peningkatan tekanan jualan sebanyak 400%. Petunjuk ini telah mencapai paras tertinggi baharu yang tidak dilihat sejak tujuh tahun lalu dan para pelombong berkemungkinan akan gulung tikar jika masih berterusan.
Baca Juga:
- Justin Bieber Jadi Mangsa ‘Hype’ NFT Selepas Rugi Lebih RM5 Juta
- Logan Paul ‘Gigit Jari’ Selepas NFT Miliknya Berharga RM2.8 Juta Kini Hanya Bernilai RM46.36
What we are seeing is not sustainable. Mine-and-hodl is not a viable strategy as a Bitcoin miner. Miners are paying the consequences of the "never selling" arrogance widespread just 6 months ago.
You need to manage (trade) your Bitcoin position constantly in this market.
— Charles Edwards (@caprioleio) November 21, 2022
Menurut Charles Edwards selaku pengasas Capriole Investment, beliau telah mendedahkan mengenai cabaran dan kesukaran yang dialami oleh pemain perlombongan Bitcoin pada ketika ini. Menerusi kos yang semakin meningkat untuk melombong, harga Bitcoin pula berada di dalam paras terendah menjadikan ia sebagai bisnes yang tidak berbaloi lagi.
Beliau juga menegaskan jika harga Bitcoin tidak bertambah baik dalam beberapa minggu akan datang, ramai pelombong akan terpaksa menghentikan operasi kerana kerugian besar. Malah, strategi melombong dan memegang Bitcoin bukanlah strategi mampan untuk pelombong.
Jadi, pelombong terpaksa membayar akibat daripada mengamalkan strategi tersebut. Pelombong sepatutnya berdagang secara berterusan di dalam pasaran untuk memastikan aliran transaksi berterusan sekaligus memacu nilai Bitcoin ke tahap yang lebih baik.
Tambahan pula, tempoh yang sukar ini menunjukkan bahawa perlombongan Bitcoin tidak boleh dianggap sebagai pendapatan pasif lagi. Selain pelombong pensedirian, sebahagian syarikat gergasi dagangan kriptowang juga mengalami situtasi yang sama malah ada yang sudah diistihar sebagai muflis kerana aliran tunai yang tidak mencukupi.