Sebuah pasukan Liga Super bakal uji skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan sebelum mengharungi baki dua perlawanan Kumpulan D kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.

Skuad kendalian Kim Pan Gon itu dijadualkan menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun di tempat lawan sebelum melayan kunjungan Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, lima hari kemudian.

Baca Juga:

Bagaimanapun, nama pasukan Liga Super yang menjadi lawan ‘sparring’ itu tidak didedahkan dan ia terpaksa dibuat susulan kesuntukan masa mencari negara lain untuk aksi persahabatan.

“Kalau boleh memang kita mahu skuad Harimau Malaya mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan lebih kuat supaya lebih bersedia bertemu Kyrgyzstan.

“Semua pasukan negara lain tidak boleh mengadakan perlawanan persahabatan. Oleh itu, pasukan negara hanya akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan tempatan untuk Pan Gon menguji pemain,” kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman dalam Berita Harian.

FOTO: FAM

Kim Pan Gon telah menyenaraikan 26 pemain ke kem latihan pusat kali ini bergabung dengan beberapa muka baharu.

Antara pemain baharu yang tersenarai ialah penjaga gol, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi (Kedah Darul Aman FC), Adib Ra’op (Penang FC), Feroz Baharudin (Johor Darul Ta’zim), Declan Lambert (Kuala Lumpur City FC),  dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC).

Daripada senarai itu, Pan Gon telah mengekalkan seramai 16 daripada 24 pemain daripada skuad ketika menentang Oman pada 21 dan 26 Mac lalu.