Paul Merson meramalkan Arsenal akan gagal dalam usaha mereka untuk memenangi Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini selepas gagal mendapatkan penyerang bertaraf bintang.

Naib juara edisi lalu itu menang 1-0 ke atas SS Napoli di gelanggang lawan hasil jaringan kemenangan disumbatkan oleh ketua pasukan, Martin Odegaard pada minit ke-75.

Namun, bekas pemain skuad kebangsaan England itu percaya skuad kendalian Mikel Arteta tersebut masih tidak memiliki keistimewaan yang diperlukan.

Merson melihat kelab itu terlepas peluang penting untuk mendapatkan penyerang yang mempunyai ‘faktor X’ pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Sehubungan dengan itu, Merson masih tidak yakin dengan kemampuan jentera serangan Arsenal dan merasakan mereka akan bergelut sekiranya bertemu dengan kelab besar.

Arsenal Tak Mampu Juarai UCL 2026/27

“Rekod Arsenal dalam Liga Juara-Juara musim lalu sangat mengagumkan sehingga ke perlawanan akhir,” ujar Merson menurut sumber laporan Goal.

“Mereka akan berada dalam kelompok pencabar, tetapi saya cuma rasa mereka tidak mendapatkan pemain yang mempunyai faktor X untuk membawa mereka ke tahap tersebut.”

“Saya rasa mereka mempunyai kemampuan yang cukup untuk memenangi Liga Perdana Inggeris dengan skuad yang ada, cuma saya rasa barisan serangan mereka apabila berdepan pasukan-pasukan besar.”

“Saya rasa mereka kekurangan satu ramuan kecil itu. Jika mereka mendapatkan pemain seperti Vinicius Junior atau Julian Alvarez, saya rasa ia akan memberikan kelebihan kepada mereka untuk mara dan memenangi Liga Juara-Juara, dan saya fikir mereka mungkin sekali lagi gagal.”

“Namun, mereka tetap akan berada dalam kelompok pencabar, itu tidak dapat dinafikan,” tambah Paul Merson lagi.

Sumber