Legenda Manchester United, Paul Scholes memutuskan untuk berhenti menjadi pundit, kerana ada urusan keluarga.

Menurut Scholes, dia mahu fokus menjaga dan membesarkan anaknya yang menghidap autisme.

“Saya dah nekad buat keputusan meninggalkan dunia pundit pada tahun ini kerana anak saya Aiden yang jelas sekali memerlukan keperluan khas [kerana autistik], dan mungkin anda semua sudah tahu…

“Saya sekarang melakukan kerja kerja rutin berkaitan dengannya, kerana dia melalui rutin yang sangat ketat setiap hari.

“Jadi saya dah putuskan, apa yang saya lakukkan adalah untuk Aiden.”

Paul Scholes antara pundit yang terkenal kerana caranya yang mengulas dengan nada sangat jujur, walaupun kerap kurang disenangi peminat atau pemain sendiri.

Peminat bola sepak terharu dengan pengorbanan Paul Scholes yang sanggup meninggalkan bidang yang dia cintai demi mengutamakan tanggungjawab sebagai seorang ayah kepada anak istimewa.

Seorang peminat berkata: “Keputusan Scholes ini sangat mulia, meletakkann anaknya sebagai keutamaan menunjukkan dedikasi dan sayangnya yang suci.

“IniĀ  peringatan yang kuat kepada semua untuk utamakan keluarga anda, dan kadangkala terpaksa berundur daripada kerja kamu, adalah langkah besarĀ  yang kamu ambil dalam hidup kamu.