Penyerang Kuala Lumpur City, Paulo Josue menegaskan beliau mahu kekal beraksi bersama pasukan itu musim hadapan.

Paulo membawa pulang dua anugerah ketika majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025 yang berlangsung baru-baru ini.

Baca Juga:

Pemain kelahiran Brazil itu memenangi anugerah penjaring terbanyak pemain tempatan dan juga penyerang terbaik bagi saingan musim ini.

Paulo Josue Mahu Kekal

Ketika ditemui, Paulo menyatakan bahawa beliau mahu kekal bersama KL City musim hadapan, akan tetapi semua bergantung kepada pengurusan pasukan.

“Saya masih mempunyai kontrak. Tetapi semua terpulang kepada pengurusan pasukan. Mungkin mereka sudah tak mahu saya disini atau memikirkan perkara lain.

“Saya sendiri masih terikat dengan pasukan dan sudah pasti semua perkara perlu dibincangkan,” katanya.

Paulo Josue
Kredit Foto: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sebelum ini, muncul laporan yang mengatakan beberapa kelab yang beraksi dalam saingan Liga Vietnam berminat untuk mendapatkan khidmat Paulo Josue.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star iaitu T.Avineshwaran dimana salah satu kelab yang berminat ialah Haiphong FC.

Sebelum aksi terakhir Liga Super menentang Kelantan Darul Naim, Paulo Josue memberi bayangan mengenai masa depannya bersama kelab ibu kota itu.

Musim 2024/2025 merupakan musim cemerlang pemain kelahiran Brazil itu dimana beliau menjaringkan 17 gol dalam saingan Liga Super.

Paulo Josue
Paulo Josue

Catatan ini membolehkan beliau menduduki carta penjaring terbanyak liga di tangga kedua di belakang penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson yang menjaringkan 32 gol.

Selain Josue, seorang lagi pemain KL City iaitu Giancarlo Gallifuoco turut menarik beberapa kelab dalam dan luar negara bagi saingan musim hadapan.

Gallifuoco sedang dipantau oleh beberapa kelab, walaupun beliau mahu kekal bersama skuad The City Boys.

Kelab dari Liga Super India selain kelab seperti JDT dan Persib dan beberapa kelab K-League 2 dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.