Penyerang import Kuala Lumpur City, Kipre Tchetche beraksi di Liga Malaysia hanya menggunakan visa pelancong dan tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Perkara ini dilaporkan oleh Harian Metro dimana pemain berusia 35 tahun itu berpotensi untuk disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ekoran tiada permit bekerja dan tinggal lebih tempoh yang dibenarkan iaitu selama 90 hari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“KL City tidak pernah menyempurnakan permit kerja buat Kipre Tchetche, jadi bermakna beliau selama ini tidak tahu dia bermain atau bekerja di sini tanpa permit kerana ia diuruskan sepenuhnya pengurusan kelab,” kata peguam yang mewakili Tchetche, Syed Nur Aiman Syed Abdul Hamid.

Selain itu, KL City juga tidak membayar gaji Kipre dari bulan September, Oktober dan November dan pemain itu sudah menghantar notis untuk menamatkan kontrak dengan lebih awal.

Menurut Syed, jumlah keseluruhan tunggakan hampir mencecah setengah juta ringgit dan beliau akan membawa isu ini ke Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bagi memastikan pemain dari Ivory Coast itu mendapat haknya.

Sebelum ini, Khalid Abdul Samad selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) bersama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Stanley Bernard membuat pinjaman peribadi bernilai ratusan ribu ringgit bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

“Saya ambil pinjaman peribadi dalam RM300,000, saya rasa Stanley pun lebih kurang begitu juga. Kita anggap pinjaman yang dilakukan ini sebagai komitmen kami di sini bukan untuk pegang jawatan semata-mata.

“Kita juga ada mendapat tajaan-tajaan tertentu termasuk daripada syarikat yang kecil dengan jumlah RM50,000. Ini sedikit sebanyak dapat menampung urusan pembayaran gaji pemain yang menelan perbelanjaan sehingga RM1.2 juta sebulan,” ujar Khalid.