Polis dan SKMM boleh siasat Ammar Nazhan kerana konten yang dihasilkannya baru baru ini.
Seorang peguam bernama Muhammad Aidil Akmah Sharidan menyatakan bahawa orang ramai boleh membuat laporan polis ke atas Ammar Nazhan.
Laporan tersebut adalah berdasarkan pemalsuan atau penipuan kes orang hilang.
Ammar Nazhan sebelum ini menjadi dalang yang mengetuai sekumpulan influencer ke Indonesia, dan membuat konten paranormal.
Kemudian kononnya, salah seorang influencer wanita bernama Eyka hilang dalam hutang. Yang ternyata ianya cuma konten murahan dan cerita palsu.
Polis Indonesia boleh dikira sangat beri muka kepada Ammar Nazhan dan rakan rakannya kerana cuma meminta mereka membuat permohonan maaf.
Ini kerana mereka telah melanggar peraturan negara tersebut berkaitan dengan penyebaran berita palsu. Mereka cuma membuat konten untuk meraih lebih banyak interaksi di media sosial dan mendapatkan pengikut baharu.
Polis Indonesia Bengang Influencer Malaysia Berlakon Hilang Dalam Hutan 3 Hari
Ammar Nazhan dan rakannya sudah membuat kenyataan terbuka memohon maaf kepada semua di atas konten tidak bermanfaat mereka itu.
Bolehkah siasat Ammar Nazhan?
Lantas netizen mahu tahu sama ada polis boleh siasat Ammar Nazhan kerana perbuatannya itu?
Peguam, Aidil, menyatakan buat masa ini masih belum ada pertuduhan ke atas Ammar Nazhan di mahkamah Indonesia.
Dan ditanya sama ada undang undang Malaysia boleh mengambil tindakan ke atas mereka, Aidil berkata: “Ianya bergantung, jika ada laporan polis dibuat ke atas konten yang mereka buat.
“Apabila ada laporan, maka PDRM dan SKMM akan membuat siasatan terlebih dahulu.
“Setelah siasatan lengkap, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwaann untuk menentukan sama ada terdapat kes kukuh ke atas mereka.
“Dan sama ada mereka telah memuat naik konten yang boleh dikenakan pertuduhan di mahkamah,” kata Aidil kepada mStar.
Aidil menambah: “Di Malaysia, sesiapa sahaja boleh membuat laporan polis. Namun laporan tersebut haruslah berasas.”
Dan jika laporan dibuat, Aidil percaya Ammar Nazhan boleh disiasat di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.