Pearly Tan-M. Thinaah menoktahkan kempen Terbuka Denmark 2026 sebagai juara selepas menundukkan Hinata Suzuki-Neo Yakamita pada aksi final yang berlangsung di SJF Bank Arena, Odense sebentar tadi.
Ia merupakan kejuaraan kedua dilakarkan Pearly dan Thinaah pada tahun ini dimana sebelum ini mereka menjuarai Indonesia Masters.
Pasangan utama negara itu bagaimanapun bermula dengan hambar selepas ketinggalan 3-8 pada peringkat awal permainan.
Namun, anak didik Rosman Razak itu memperkemaskan aksi mereka untuk meraih tujuh mata berturut-turut bagi mendahului 10-8.
Walaupun gandingan ranking ke-21 dunia dari Jepun itu memberikan saingan hebat pada aksi, Pearly-Thinaah menyerap tekanan dengan baik untuk menang set pertama dengan mata 21-18.
Aksi lebih mudah pada set kedua buat pasangan negara itu apabila menang 21-11 sekali gus mengesahkan kejuaraan kejohanan berstatus Super 750 itu menjadi milik mereka.
Dengan kemenangan manis tersebut, Pearly Tan-M. Thinaah membawa wang pulang hadiah wang tunai bernilai RM286,933.69.
Selepas ini tumpuan penyokong negara tertumpu kepada Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang akan berhadapan dengan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri dari Indonesia.