Penyokong Arsenal yakin bahawa jika mereka memecat Mikel Arteta sekarang, kelab itu akan menjadi juara EPL pada baki musim ini.

Arsenal kalah 1-2 di tangan Bournemouth. Membuatkan mereka mempersiakan peluang untuk menjarakkan jurang mata.

Arsenal ketinggalan pada awal permainan. Namun menyamakan kedudukan menerusi penalti Gyokeres.

Malangnya skuad Arteta gagal untuk mendapatkan gol kedua. Mereka malah dibolosi gol kedua pelawat.

Peminat Arsenal, Yardman berkata: “Mikel Arteta bukan pengurus yang bagus. Kita sebenarnya memiliki pengurus sampah.

“Kalau kita nak juara EPL musim ini, kelab kena pecat Mikel Arteta serta merta.

“Xabi Alonso masih tiada kelab. Dia pengurus yang pernah mengendalikan Real Madrid, selepas kejayaan bersama Leverkusen.

“Saya dah beritahu kamu 6 tahun lalu lagi, bahawa pengurus ini tidak bagus, tetapi kamu semua tak percayakan saya.

“Xabi Alonso adalah individu yang menang trofi sebagai pemain dan pengurus.”

“Kita memiliki pasukan yang sangat baik namun diuruskan pengurus yang teruk.

“Arsenal perlukan pengurus yang serba serbi tahu apa nak dilakukan pada situasi berbeza.

“Masalahnya ramai penyokong Arsenal yang delusional anggap dia di kalangan 5 pengurus terbaik di EPL”

Yardman kecewa dengan taktikal Arteta yang bertahan di blok rendah berdepan dengan skuad yang suka bermain hantaran lambung.