Makanan Cina Muslim kian mendapat perhatian warga tempatan kerana mempunyai keunikan tersendiri bagi setiap hidangan.  Sebuah restoran Cina Muslim terkenal di Kuala Lumpur malah menyatakan mampu meraih hampir ratusan ribu ringgit pada setiap hari.

Baru-baru ini seorang food vlogger tempatan telah pergi ke sebuah restoran Cina Muslim yang dikenali sebagai Lan Zhou Mee Tarik untuk merasai sendiri makanan di sana.

Baca Juga:

Sewaktu berada di restoran tersebut itu, lelaki itu sempat menanyakan jumlah jualan harian kepada seorang pekerja di situ memandangkan kedai berkenaan sangat popular dan sentiasa dipenuhi pelanggan daripada pelbagai bangsa pada saban hari.

Restoran cina muslim
Sumber Gambar: TikTok @eatai786

Pendedahan pekerja itu sangat mengejutkan kerana mereka mampu meraih sekitar RM70,000 hingga ke RM80,000 sehari. Lelaki vlogger itu tampil teruja mendengar pendedahan itu lantas membuat kiraan untuk mendapat kepastian berapa jumlah mangkuk mee tarik yang dijual setiap hari.

Restoran cina muslim
Sumber Gambar: TikTok @eatai786

Dia mengambil kira semangkuk mee tarik yang berharga RM14 lalu dibahagikan dengan jualan minimum seharian iaitu RM70,000. Kedai itu ternyata mampu menjual sebanyak 5,000 mangkuk mee tarik sahaja dan ini tidak termasuk sajian lain yang dibeli oleh para pelanggan.

Jadi, secara logiknya mereka dilihat mampu menjana jualan mencecah ratusan ribu ringgit pada setiap hari.

Dalam pada itu, lelaki vlogger itu turut mencuba beberapa makanan cina Muslim yang dijual dan mendakwa ia memang sedap.

@eatai786

China Muslim Food (Lanzhou Beef Noodle)is so popular in China town kuala lumpur, selling 70-80k per day crazy!#eat爱 #chinesemuslim

♬ 原声 – EatAi亦太(HalalFoodie) – EatAi亦太(HalalFoodie)

Malahan, restoran ini juga sering menjadi perhatian ramai kerana menyajikan pelbagai jenis makanan asli Cina Muslim yang dimasak secara handmade. Harga yang ditawarkan juga dikira berbaloi yang mana sekitar RM14 ke RM40 sahaja.