Tanah air dikejutkan dengan pemergian pelakon veteran Jaafar Onn yang dulu sering menghiburkan orang ramai dengan keletah beliau.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang pada usia 73 tahun dan keadaan beliau dikhabarkan agak kritikal sebelum dikejutkan dengan pemergiannya hari ini.
Baca Juga:
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
Berita pemergiannya disahkan oleh rakan baiknya iaitu Haiza Hanafi selepas dimaklumkan anak angkat Allahyarham iaitu Hanif.
Salam tazkiah diucapkan kepada ahli keluarga arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.