Baru-baru ini tular video yang memperlihatkan segelintir anak muda berpusu-pusu mahu mengambil gambar dengan individu terpalit dengan aktiviti pensundalan yang dikenali sebagai ‘Hot Daddy’ di mana tampak persis seorang selebriti pula.

Susulan itu, seorang wanita berbangsa Cina tampil membuat meluahkan rasa pelik dan takut selepas menonton video tersebut di media sosial.

Baca Juga:

Hot daddy
Sumber Gambar: TikTok @esther1385

Menerusi video yang dikongsikan, wanita yang dikenali sebagai Esther itu mempersoalkan tindakan segelintir individu yang memberikan layanan sedemikian terhadap seseorang yang kini sedang berdepan dengan kes berat di mahkamah.

“Saya takut, macam nak akhir zaman dah sebab benda yang sepatutnya kita tidak boleh terima dah jadi satu kebiasaan dan kebanggaan pula.

“Takkanlah korang tak tahu yang dia ni sedang didakwa?

Di pengakhiran videonya, Esther sempat menitipkan pesanan kepada anak muda untuk bijak dalam memilih idola kesukaan mereka supaya tidak terjebak dengan perkara tidak baik.

“Adik-adik sekalian, saya cuma nak cakap yang korang kena hati-hati bila nak pilih idola korang.

“Tengok dulu  betul-betul sama ada seseorang itu bagi contoh yang bagus ataupun tidak,” pesannya kepada anak muda di luar sana.

Video tersebut ternyata meraih perhatian netizen apabila sudah mencecah 2.2 juta jumlah tontonan serta menerima pelbagai reaksi menerusinya.

@esther1385

Hati2 ye adik2 sekalian. Bukan semua yg viral tu bermanfaat. Jgn senang terpedaya. Jgn menyesal di belakang. #katakatauntukanak #katakatauntukorangmuda #orangmuda #wordsofgod #daddyash

♬ Sad and lonely – MoppySound

Sementara di ruangan komentar pula, majoriti netizen turut bersetuju dengan luahan Esther dan turut merasa pelik dengan segelintir individu yang dilihat menerima “Hot Daddy” tersebut di samping memberi layanan persis seperti selebrti terkenal pula.

Sumber Gambar: TikTok @esther1385
Sumber Gambar: TikTok @esther1385

Sebahagian netizen turut meluahkan rasa sedih dengan anak muda beragama Islam sanggup mengangkat individu tersebut walaupun tahu ia sudah melanggar perintah agama.