Pemain badminton negara mengalihkan tumpuan memburu kejayaan dalam Kejohanan Terbuka Hylo 2026 yang bakal berlangsung di An der Saarlandhalle 1, Saarbrucken, Jerman bermula petang ini.

Ia merupakan kejohanan keempat berturut-turut dilangsungkan di Eropah yang menyaksikan wakil negara cemerlang menjuarai tiga kejohanan sebelum ini menerusi Aaron Tai-Yap Roy King (Terbuka Arctic), Pearly Tan-M. Thinaah (Terbuka Denmark) dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun (Terbuka Perancis).

Orleans Masters 2025 lee zii jia
Kredit Foto: Victor Malaysia

Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu menyaksikan Malaysia menghantar enam wakil untuk bersaing merebut kejuaraan.

Berikut merupakan senarai penuh pemain negara yang akan beraksi dalam Terbuka Hylo 2026:

Separuh Akhir
Kredit Foto: Peng Zhigang / Xinhua via AFP

Wakil Malaysia Di Terbuka Hylo 2026

Perseorangan Lelaki

1) Lee Zii Jia

2) Cheam June Wei

Beregu Lelaki

3) Aaron Tai-Yap Roy King

4) Chia Weijie-Teo Ee Yi

Beregu Wanita

5) Ong Xin Yee-Carmen Ting

Beregu Campuran

6) Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing