Ferran Torres dan Pedri mendedahkan tegasnya Hansi Flick dalam soal disiplin pemain pemain Barcelona.

Sebelum ini Flick sudah memberitahu dengan jelas bahawa, dia mahukan disiplin diutamakan semua pemain tak kira apa status mereka.

Pemain seperti Marcus Rashford antara yang dah terkena hukuman daripada Flick kerana datang lambat ke pusat latihan. Walaupun ketika itu Rashford baru sahaja mencetak 2 gol berkelas dunia ke atas Newcastle di UCL.

Flick utamakan disiplin di Barcelona

Difahamkan, Hansi Flick menerima alasan Rashford yang menyatakan dia tersekat di jalan raya, kerana kesesakan yang berlaku mengejut. Rashford hanya lambat beberapa minit.

Tetapi Flick tetap mengenakan hukuman, Rashford tidak tersenarai dalam kesebelasan utama aksi berikutnya, walaupun pada awalnya namanya adalah antara yang pertama dalam senarai sebagai habuan selepas aksi cemerlangnya beberapa hari lalu.

Ferran Torres dan Pedri mendedahkan bahawa Hansi Flick tidak main main soal disiplin.

Mereka berkata: “Flick seorang yang sangat tegas dalam soal menepati masa di bilik persalinan.

“Jika kamu terlambat, kamu harus membayar denda pada hari perlawanan. 10 minit terlambat kamu didenda €40,000. Jika kamu terlambat 20 minit, lebih baik kamu pulang sahaja ke rumah,” kata Pedri yang menyatakan bahawa 20 minit lewat sebagai tidak ada alasan langsung diterima.

Dan pemain tersebut dihalau terus daripada menyertai latihan pada hari tersebut.

Paling Hansi Flick pantang adalah pemain yang terlewat datang ke bilik persalinan pada hari perlawanan. Ianya dianggap kesalahan serius kerana pemain hilang tumpuan pada hari perlawanan jika mereka datang lambat, kerana persediaan yang rapi dibuat pasukan melibatkan beberapa proses tertentu.

Selain itu, hadir lambat semasa hari perlawanan juga bermakna pemain terlepas taklimat pasukan.