Dua pemain kacukan Australia dan Norway dipanggil bagi memperkuatkan skuad Malaysia B-16 Tahun kendalian Javier Jorda.

Dua pemain kacukan Australia dan Norway yang dimaksudkan ialah Kaveen Shanmugesh Waran dan Kim Johan Nyo Tegnander dimana dua pemain ini tersenarai dalam 25 pemain bagi menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya B-16 bermula Isnin, 7 Oktober 2024.

Baca Juga:

Kem latihan pusat kali ini sebagai persiapan menjelang Kelayakan Piala Asia B-17 2025 di Vientiane, Laos yang akan berlangsung pada 21 hingga 28 Oktober 2024 ini.

Javier Jorda turut meletakkan 25 pemain lain dalam senarai menunggu sekiranya terdapat perubahan dalam skuad utama.

Seramai 9 orang pemain dari Akademi Mokhtar Dahari (AMD) serta 10 tonggak muda JDT mendominasi senarai utama dengan beberapa pemain lain turut mendapat tempat.

Kim Johan Nyo Tegnander merupakan pemain berusia 15 tahun dan memiliki ketinggian 1.84 meter dimana beliau beraksi buat FK Jerv iaitu sebuah kelab yang beraksi di divisyen kedua Norway.

Johan lahir di Malaysia dan dibesarkan di Penang dengan ibunya merupakan orang Malaysia manakala bapanya berasal dari Norway.

Kaveen Waran pula merupakan penjaga gol berbakat yangberaksi buat Perth Soccer Club dan layak untuk mewakili sama ada Australia dan juga Malaysia.

Skuad Harimau Malaya B-16 akan memulakan kem latihan pusat dari 7 hingga 21 Oktober 2024 di Pasir Gudang, Johor.

Skuad kendalian Javier Jorda seterusnya dijangka akan berlepas ke Vientiane, Laos pada Isnin, 21 Oktober 2024 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru.

Malaysia dijadual membuka saingan Kumpulan H Kelayakan Piala Asia B-17 2025 ini dengan perlawanan pertama menentang Lubnan pada Rabu, 23 Oktober 2024; UAE pada Jumaat, 25 Oktober 2024 dan tuan rumah, Laos pada Ahad, 27 Oktober 2024 di Stadium Lao National, KM16, Vientiane.