Tonggak serangan Kedah Darul Aman (KDA FC), Sony Norde berisiko berdepan hukuman daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengkritik pengadil selepas aksi separuh akhir pertama Piala FA menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), jumaat lepas.
Perkembangan itu didedahkan oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Kamarudin Abdullah menurut laporan Berita Harian semalam.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Beliau menjelaskan mengkritik pengadil secara terbuka sememangnya satu kesalahan di bawah kod disiplin FAM sekali gus pemain itu perlu bersedia untuk menanggung akibat atas tindakannya itu.
“Ada kemungkinan paling tinggi untuk hukuman dikenakan adalah penggantungan beberapa perlawanan tetapi itu terserah kepada Jawatankuasa Tatatertib FAM. Memang ada diperuntukkan hukuman kerana mengkritik pengadil adalah satu kesalahan berat.
“Jadi pemain itu perlu bersedia dengan penggantungan ataupun denda yang akan diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM nanti,” kata Kamarudin.
Ketika sidang media, Sony meluahkan kekecewaannya mengenai pengadil perlawanan, Nazmi Nasaruddin yang tidak memberikan sepakan penalti walaupun bola tersebut didakwa terkena tangan pemain lawan.
Pengadil ‘membunuh’ perlawanan malam ini – Sony Norde
Video penuh di Youtube MakanBola: https://t.co/4Jbr7GFWMt pic.twitter.com/NEs6WFAqhc
— MakanBola (@makanbolaplus) July 19, 2024
Beliau juga menyifatkan mutu pengadilan yang teruk punca pasukannya tewas 1-2 kepada JDT di Stadium Darul Aman.
“Selepas beraksi lima tahun di Malaysia, saya dapati ia cukup memalukan membabitkan keputusan yang dibuat pengadil perlawanan,” katanya.
“Untuk gol pertama, ada kekasaran kepada Habib dan kami sepatutnya mendapat sepakan penalti namun dia tidak memberikannya.
“Disebabkan mereka (pengadil), kita tewas perlawanan ini. Sudah pasti kita tidak gembira dengan keputusan ini tapi kita sudah cuba yang terbaik,” jelas Sony Norde.