Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan pengadil dari UAE, Mohammed Abdulla Hassan Mohamed akan bertugas sebagai pengadil utama untuk aksi Kumpulan E Piala Asia 2023 antara Malaysia menentang Jordan.

Abdulla merupakan pengadil yang cukup berpengalaman di pentas antarabangsa dan memiliki lesen FIFA sejak 2010.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau juga membuat penampilan di Piala Dunia 2018 apabila dipilih mengadili perlawanan antara Perancis menentang Peru serta Piala Dunia Kelab FIFA 2021 antara Al Ahly menentang Bayern Munich.

Pada saingan Piala Dunia 2022 di Qatar, beliau juga turut bertugas sebagai pengadil utama untuk perlawanan Sepanyol menentang Costa Rica dan Cameroon menentang Serbia.

Untuk perlawanan Malaysia menentang Jordan, beliau akan dibantu oleh dua pengadil UAE iaitu Mohamed Ahmed Yousef Abdulla Alhammadi dan Hasan Mohamed Hasan Abdulla Alhammadi selaku penjaga garisan 1 dan 2.

Pengadil keempat pula ialah Mohammed Khled S Al Hoish dari Arab Saudi manakala pengadil simpanan ialah Kamikawa Toru dari Jepun.

Malah, Abdulla cukup mengenali barisan pemain skuad Harimau Malaya kerana pernah mengadili perlawanan AFC Champions League (ACL) melibatkan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menentang Kawasaki Frontale pada aksi peringkat kumpulan.

Ketika aksi tersebut, beliau telah melayangkan 5 kad kuning kepada pemain JDT dan 2 kad kuning kepada pemain Kawasaki Frontale.

Ini kali ketiga Abdulla bertugas di Piala Asia kerana sebelum ini beliau pernah mengadili beberapa perlawanan Piala Asia 2015 dan Piala Asia 2019