Tiga daripada lapan wakil negara berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir kejohanan badminton Indonesia Masters 2025 yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta.

Ia menjadikan tiga kejohanan berstatus Super 500 ke 1000 berturut-turut menyaksikan Malaysia mempunyai wakil di pusingan empat terbaik itu.

Taobao
HYPE
Raya Extra Meriah! 5 Dekorasi DIY Dari Taobao Wajib Ada Untuk Rumah Anda!
Baca lagi →

Pasangan beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah menjadi wakil pertama mengesahkan kemaraan dengan kemenangan dicatatkan ke atas gandingan Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto 21-16, 21 -15.

Separuh Akhir Indonesia Masters
Kredit Foto: BAM

Slot kedua kem negara diisi Man Wei Chong-Tee Kai Wun yang menundukkan rakan senegara, Wan Arif Junaidi-Yap Roy King juga dalam aksi ‘straight set’  21-15, 21-16.

Kejayaan itu mengulangi pencapaian Wei Chong-Kai Wun yang sebelum ini turut mara ke peringkat separuh akhir Terbuka Malaysia.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik tidak mahu ketinggalan untuk melangkah ke separuh akhir Indonesia Masters selepas membenam cabaran pasangan baharu digandingkan, Kang Min Hyuk-Kim Won Ho dari Korea Selatan 21-19, 21-15.

Separuh Akhir Indonesia Masters
Perjalanan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing terhenti di suku akhir. Kredit Foto: BAM

Kemenangan itu menyaksikan wakil Malaysia sudah pasti akan berada di pentas final berikutan pertemuan sesama sendiri bakal dihadapi Aaron-Wooi Yik dan Wei Chong-Kai Wun, petang esok.

Manakala Pearly-Thinaah pula akan berhadapan dengan pasangan Korea Selatan, Lee Yeon Woo-Lee Yu Lim.

Empat lagi wakil negara iaitu Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dan Go Pei Kee-Teoh Mei Xing terpaksa akur dengan kehebatan lawan masing-masing.

Indonesia Masters 2025 merupakan pertandingan dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berstatus Super 500.

Berikut merupakan senarai penuh wakil Malaysia yang mara ke peringkat separuh akhir Indonesia Masters 2025:

Separuh Akhir Indonesia Masters 2024

Beregu Lelaki

1) Aaron Chia-Soh Wooi Yik

2) Man Wei Chong-Tee Kai Wun

Beregu Wanita

3) Pearly Tan-M. Thinaah