Ketua jurulatih skuad Malaysia bawah 23 tahun (B-23), Juan Torres Garrido mengakui para pemainnya kepenatan selepas mengharungi tiga perlawanan berturut-turut dalam tempoh tujuh hari sepanjang berada di Qatar.
Situasi itu menyebabkan mereka gagal mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan Piala Asia B-23 menentang Kuwait semalam.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
Pada masa yang sama, Garrido turut memohon maaf kepada peminat selepas gagal meraih sebarang mata sekaligus tidak layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris.
“Secara keseluruhannya, pasukan kurang memuaskan dan kami memohon maaf kepada semua penyokong bola sepak tanah air kerana menghampakan harapan mereka.
“Kami memiliki banyak peluang namun rata-rata pemain sudah keletihan selepas mengharungi tiga perlawanan dalam tujuh hari menyebabkan mereka kurang bertenaga.
“Jika dilihat pada setiap perlawanan, kami mencipta peluang sebelum lawan, namun kebanyakan gol lawan datang dari bola mati, dan pasukan yang mendahului mempunyai kelebihan terbesar,” katanya dalam Arena Metro.
Ketika perlawanan menentang Kuwait, skuad negara terpaksa beraksi dengan 10 orang pemain selepas penjaga gol, Sik Izhan meluru keluar dari kawasan kotak penalti lalu menerjah pemain lawan sekaligus dilayangkan kad merah.
Tindakan itu dikritik hebat oleh peminat bola sepak tempatan di media sosial kerana pemain itu membuat keputusan yang salah.
Penampilan pertama Sikh Izhan di pentas Asia, dihiasi dengan kad merah selepas terjahan yang dilakukannya! #HarimauMalaya #AFCU23 pic.twitter.com/YDEJYQzEvr
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2024
Pada minit ke 45, hasil penelitian VAR, pengadil memberikan sepakan penalti kepada Kuwait kerana mendapati Umar Hakeem telah mengasari pemain lawan.
Ini kali ketiga skuad negara ‘sedekah’ sepakan penalti kepada pihak lawan dalam kempen Piala Asia B-23 di Qatar.
Memasuki babak kedua, Malaysia bermula dengan garang dan beberapa kali menguji benteng pertahanan Kuwait dengan percubaan berbahaya.
Malangnya, keghairahan skuad negara melancarkan serangan mengundang padah apabila Kuwait melakukan serangan balas lalu disudahkan dengan gol kedua hasil tandukan Talal Al Qaisi pada minit ke 60.
Bagaimanapun, jaringan itu tidak mematahkan semangat pemain muda negara yang terus bangkit mengandakan asakan.
Usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila Haqimi Azim merembat masuk bola hantaran jarak jauh Nooa Laine untuk gol pertama Malaysia pada minit ke 63.
Nooa Laine assist, Haqimi Azim finish! 🇲🇾#HarimauMalaya #AsianCupU23 pic.twitter.com/Kjrw9QFtp1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) April 23, 2024
Demi mencari jaringan penyamaan, Malaysia melakukan beberapa pertukaran pemain untuk menguatkan jentera serangan dengan memasukkan Najmuddin Akmal dan T. Saravanan.
Percaturan itu tidak membuahkan hasil dan keputusan 1-2 kekal sehingga tamat perlawanan.