Tiga daripada lima wakil Malaysia mempamerkan aksi kemas  untuk meneruskan kemaraan ke pentas final Kejohanan Badminton Terbuka Macau 2025.

Pemain perseorangan lelaki, Justin Hoh meneruskan rentak cemerlang apabila menundukkan Tharun Mannepalli dari India dalam aksi berlanjutan ke ‘rubber set’ 19-21, 21-16, 21-16.

Baca Juga:

Ia merupakan pentas final pertama bakal dirasai oleh Justin dalam siri Jelajah Dunia dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Menanti beliau di final esok ialah wakil Indonesia, Alwi Farhan.

Malaysia
Kredit Foto: NSTP/EFFENDY RASHID

Kejutan Terus Dilakarkan Beregu Campuran Malaysia

Pasangan beregu campuran, Jimmy Wong-Lai Pei Jing sekali lagi melakar kejutan apabila menundukkan pilihan keenam dari Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah 21-18, 21-16.

Hasrat untuk melihat aksi ‘All Malaysia’  di final tidak kesampaian apabila pilihan utama, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tewas ditangan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje 15-21, 21-17, 21-11.

Wakil terakhir negara yang turut meneruskan kemaraan ialah gandingan Wan Arif Junaidi-Yap Roy King selepas menewaskan rakan senegara, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 21-13, 21-15.

Cabaran getir bakal menanti mereka esok apabila bakal berhadapan dengan pilihan pertama, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani dari Indonesia.

Terbuka Macau 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar BWF yang berstatus Super 300.