Kem Malaysia terus cemerlang dalam kejohanan badminton Terbuka Perancis 2026 selepas empat daripada lima wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir.
Gandingan beregu campuran independent, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing meneruskan rentak bertenaga mereka setelah menundukkan pasangan dari Jerman, Marvin Seidel-Nguyen Thuc Phuong 21-17, 20-22, 21-18 dalam aksi yang berlangsung hampir satu jam.
Menanti mereka di separuh akhir hari ini ialah pilihan keenam dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui.

Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula tidak perlu mengerah keringat untuk mara selepas Aaron Chia-Soh Wooi Yik menarik diri ketika kedudukan 0-5 susulan kecederaan dialami Aaron.
Dengan kemenangan mudah itu, Wei Chong-Kai Wun akan menempah pertemuan menentang Raymond Indra-Nikolaus Joaquin dari Indonesia.
Kemudiannya Pearly Tan-M. Thinaah pula mengisi slot ke separuh akhir hasil kemenangan ke atas gandingan adik beradik dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dengan keputusan 21-12, 21-15.
Sementara itu, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mencipta sensasi apabila menewaskan pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae dalam aksi ‘straight’ set 21-15, 21-18.
Kejohanan Terbuka Perancis 2026 yang berstatus Super 750 dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) itu.
Berikut merupakan jadual penuh aksi melibatkan barisan pemain negara dalam separuh akhir Terbuka Perancis 2026:

Wakil Malaysia Di Separuh Akhir Terbuka Perancis 2026
1) Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing lawan Guo Xin Wa-Chen Fang Hu (China) – Gelanggang 1 – 4.20 Petang
2) Pearly Tan-M. Thinaah lawan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi (Jepun) – Gelanggang 1 – 6.50 PM
3) Man Wei Chong-Tee Kai Wun lawan Raymond Indra-Nikolaus Joaquin (Indonesia) – Gelanggang 1 – 12.10 Pagi
4) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani lawan Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin (Indonesia) – Gelanggang 1 – 1.50 Pagi