Satu rakaman video tular di media sosial memaparkan seorang pemandu teksi di Vietnam bernama Kwan yang terkejut selepas seorang pelancong dari India hanya menerima ‘terima kasih’ atau sekadar modal air liur sebagai bayaran.
Kwan memandu teksi seperti biasa dan dia menurunkan penumpang tersebut di destinasi yang ditetapkan.
Namun apa yang mengejutkan, ketika Kwan menurunkannya, Kwan menyatakan jumlah tambang yang harus dibayarnya.
Namun lelaki India itu hanya mengucapkan terima kasih. Dia berkata: “Saya tiada duit untuk bayar tambang, saya hanya ada terima kasih sahaja untuk saya bayar kamu.”

Lelaki itu terus meninggalkan Kwan begitu sahaja. Pemandu teksi itu dilihat terpinga-pinga dengan tindakan penumpang tersebut dan tidak bertindak agresif untuk menghalangnya.
Rakaman itu kemudian mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Ada yang bersimpati dengan nasib pemandu teksi berkenaan, manakala sebahagian lagi mengkritik tindakannya kerana dianggap terlalu berlembut sehingga membenarkan penumpang tersebut berlalu pergi.
Selain itu, ada juga yang mendakwa, ini bukan kali pertama pelancong asing di Vietnam tidak mahu membayar tambang teksi mereka.
Netizen geram dengan lelaki pelancong India tersebut yang mampu membeli membeli belah namun tidak ada wang untuk membayar teksi.
Cuma situasinya dengan Kwan adalah berbeza, dia tidak menagih atau bertindak agresif ke atas penumpang tersebut.
KWan sebaliknya berlalu meninggalkan tempat itu untuk mengelak daripada meletakkan kenderaannya terlalu lama di situ, yang boleh menyusahkan pemandu teksi lain.
Kemudian salah seorang pemandu teksi pula merasakan Kwan mungkin sedang dalam kepenatan teramat sangat dari segi fizikal dan mental sehinggakan tidak mampu memberikan reaksi ke atas situasi itu.
“Sebagai pemandu teksi, saya faham apa yang pemandu itu rasa pada saat tersebut.
“Seharian memandu sejak pagi, isi minyak, penat memandu, sambil memikirkan isteri dan anak-anak yang menunggu duit dibawa pulang.
“Penumpang di belakang pula ketawa, berbual mesra, nampak macam orang yang baik. Tetapi apabila sampai di destinasi, tiba-tiba dia hanya mengucapkan “terima kasih” lalu terus keluar dari kereta.
“Otak terus jadi kosong. Nak marah, nak kejar semula, nak tanya, ‘Kamu berguraukah?’, tetapi mulut terkunci, tangan masih menggenggam stereng.
“Yang mampu dibuat hanyalah melihat bayang orang yang baru mengkhianati kepercayaan itu berjalan pergi.
“Bukan sebab pemandu itu lemah. Dia cuma terlalu terkejut dengan sikap tidak tahu malu yang melampau. Ada sesetengah orang memang begitu berani mengambil kesempatan sehingga orang yang baik pun jadi kelu dan tidak tahu bagaimana hendak bertindak.
“Ucapan terima kasih tidak mampu menyara isteri dan anak-anak, kawan.”
سائق تاكسي فيتنامي يدعى كوان، كان يقل رجل هندي وعندما اوصله لوجهته بدأ الهندي بشكره ومحاولة النزول من السياره فطلب منه كوان دفع المبلغ
وهنا قال الهندي بكل برود: ليس لدي المال، فقط لدي كلمة شكر وبدا بالتملص والنزول وكوان ينظر له وهو مصدوم ولا يعرف ما يقول. غضب الكثير من برود كوان… pic.twitter.com/8hZowKymy4
— Saif (@diol2n) August 3, 2026