Status projek Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) mencetus tanda tanya di kalangan peminat selepas tiada sebarang kerja yang dijalankan bagi membangun fasiliti tersebut.

Mengikut perancangan asal, projek berkenaan yang diumumkan pada 2019 itu sepatutnya bermula pada tahun 2022 dan dijangka siap pada 2025.

Baca Juga:

Akan tetapi, berbaki kurang setahun dari tarikh yang sepatutnya, tiada sebarang kerja-kerja pembinaan yang dilakukan di tapak yang telah ditetapkan iaitu Padang Bola Sepak Persint 5, Putrajaya.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mula menjalankan siasatan terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkaitan projek NTC.

Perkembangan itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki selepas mendapat aduan dari orang awam.

“Kes ini kita anggap sebagai satu yang membabitkan kepentingan awam. Kita melihat pada maklumat yang diberikan, jadi kita tumpukan kepada satu isu sajalah yang mana melibatkan isu pembinaan projek NTC.

“Untuk makluman semua, ini adalah sebenarnya funding datang sebanyak RM25 juta daripada pihak FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa), bukan duit FAM.

“Jadi FAM cuma menjalankan perolehan melalui tender dan sebagainya dan sudah dikemukakan kembali kepada FIFA untuk pemilihan yang terakhir. Pihak FIFA sudah bersetuju dengan syarikat yang berkaitan.

“Dua minggu lagi (selepas siasatan) kalau tidak ada kes, kita akan cakap tiada kes, kalau ada kes kita akan cakap ada kes yang menunjukkan kesalahan berlaku. Kita akan membawa cadangan untuk pertuduhan dan sebagainya,” katanya.

Majlis pecah tanah bagi projek berkenaan dilakukan pada Januari 2022 dan telah disempurnakan oleh mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Selain pusat latihan, FAM turut membina pejabat baharu setinggi lima tingkat dan terletak bersebelahan ibu pejabat Persekutuan Bolasepak Asean (AFF) di Bandar Bola Sepak Putrajaya. FAM yang berpangkalan di Wisma FAM di Kelana Jaya sejak 1980