Bola sepak Asia dikejutkan dengan Indonesia yang berjaya menewaskan Korea Selatan dalam aksi peringkat suku akhir saingan AFC B-23 Tahun sekaligus mara ke separuh akhir dalam saingan edisi kali ini.
Skuad bimbingan Shin Tae-yong memenangi perlawanan menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan 2-2 ketika masa sebenar permainan.
Baca Juga:
- Komuniti Bola Sepak Asean Gembira Dengan Pencapaian Indonesia
- Piala Asia B-23: Indonesia Lakar Kejutan Mara Ke Separuh Akhir
- Kali Pertama Dalam Sejarah, Korea Selatan Gagal Layak Ke Sukan Olimpik
Selepas tewas, pembantu jurulatih kepada skuad Taeguk Warriors iaitu Myung Jae-yong menegaskan pasukannya tidak bernasib baik ekoran kekalahan kepada Indonesia.
Korea U-23 assistant Myung Jae-yong: "It was always going to be difficult for us to regain the lead after we made it 2-2. The only way we were going to score was through counterattacks or set pieces. If those didn't work out, we figured we'd decide the match in penalties."
đ
— Steve Han ⢠íë§ěą (@realstevescores) April 25, 2024
âSukar untuk kami bangkit selepas menyamakan kedudukan 2-2. Satu-satunya cara mencari gol kemenangan dengan situasi serangan balas atau sepakan percuma. Kalau tidak berjaya juga, maka kami akan cuba menerusi sepakan penalti.
âKetiadaan pemain yang beraksi di Eropah menyukarkan lagi keadaan. Sebelum kejohanan bermula, kelab berjanji untuk melepaskan pemain tetapi situasi berubah pada saat akhir dan mereka tidak dapat beraksi bersama kami.
âJurulatih tidak dapat menentukan keputusan. Ramai pemain penting yang mengalami kecederaan. Ada perancangan untuk memasukkan pemain di bangku simpanan tetapi itu tidak dapat dilakukan.
âSaya mahu mengucapkan tahniah kepada Indonesia. Saya ingin tekankan, meskipun beraksi dengan 10 orang, namun pemain kami tidak menyerah dan memberikan saingan hingga hujung permainan. Sepakan penalti bergantung kepada nasib. Pada akhirnya, kita tidak bernasib baik,â katanya.
Korea Selatan gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik untuk acara bola sepak lelaki buat kali pertama dalam sejarah selepas tewas kepada Indonesia.
Hanya tiga pasukan terbaik di Piala Asia B-23 akan mara secara automatik ke Sukan Olimpik 2024 sementara pasukan keempat akan mengharungi âplay-offâ menentang wakil Afrika, Guinea.