Selepas insiden acara RXZ Members 5.0 menjadi tular di media sosial, sebahagian pengguna maya mula mempersoalkan isu “double standard” yang mana penguatkuasaan undang-undang hanya terjadi kepada pemilik motor biasa sahaja.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pempengaruh, @adikjun_kereta, beliau dapat menemu ramah bersama salah seorang pemilik superbike dan mendapatkan jawapan bagi persoalan tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Nama mesra disapa sebagai Datuk Nazir mendedahkan bahawa superbike yang dimiliki juga mempunyai kesalahan yang sama sebagaimana yang ada pada RXZ seperti ketiadaan cermin sisi, masalah nombor plat dan juga ekzos yang bising.

Bagi beliau, kelakuan kesalahan atas jalan raya adalah sama bagi kedua-dua kelas motor itu jika ditahan oleh polis atau JPJ sewaktu operasi di jalan raya.

Beliau yang juga aktif menyertai ride bersama ahli kelab turut mengetahui akibatnya apabila melanggar peraturan dan akur menerima tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.

“You berani buat, you berani tanggung”, selingan mesej ringkas yang disampaikan oleh beliau kepada pemilik motosikal di luar sana ketika ditemu ramah.

Tiada istilah “double standard” seperti yang digembar-gemburkan oleh segelintir individu terhadap pemilik superbike. Beliau juga mengatakan tidak wajar untuk menyalahkan kerajaan atau pihak berkuasa kerana mereka hanya menjalankan tugas demi keselamatan sejagat.

Becakap berkenaan isu sita motor pula, beliau mengatakan perkara ini boleh berlaku atas faktor ketiadaan lesen atau pun cukai jalan. Hal ini jelas memang kesalahan yang besar yang mana pihak berkuasa mempunyai autoriti untuk berbuat sedemikian.

Malah, kegagalan memiliki lesen dan roadtax bakal menyusahkan orang lain kerana tidak boleh membuat tuntutan insuran jika berlaku kemalangan dan seumpamanya.

@adikjun_kereta

kenapa selalu Y15 kena road block? Kita tanya Ducati king🙂 #fyp #foryoupage #adikjun #learnontiktok #viral

♬ Dj Kutukan Mantan Bass Kane Fyp (Remix) – OAN MADE

Beliau juga mengingatkan orang ramai agar mengambil lesen jika mahu menunggang motor kerana perlu mematuhi undang-undang di samping untuk kebaikan bersama.