Seorang peminat Coldplay menjadi mangsa scammer tiket konsert kumpulan itu.

Coldplay kini dalam siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT). Dan mereka akan beraksi Stadium Nasional Bukit Jalil, pada hari ini.

Baca Juga:

Walaupun terdapat segelintir pihak mahu konsert itu dibatalkan, namun Coldplay sudah tak sabar untuk beraksi di hadapan peminat mereka.

Anwar: “Coldplay Penyokong Perjuangan Palestin, Kenapa Dihalang Mengadakan Konsert?”

Seorang peminat tegar Coldplay telah menjadi mangsa scammer jualan tiket. Dia benar benar bengang dan marah, bila memikirkan begitu mudahnya dia tertipu dengan scammer tersebut.

Berkongsi di laman X / Twitter, pengguna tersebut mengamuk dan mencaru kepada scammer yang telah membuatkan dia rugi.

Dia menunjukkan tangkap layar perbualan mereka di mana scammer turut mendedahkan gambar kad pengenalan Malaysia miliknya, yang ternyata bukan miliknya.

Setelah bayaran dibuat, peminat Coldplay itu telah diblok oleh scammer tersebut. Pada ketika itulah dia sedar sebenarnya dia baru sahaja ditipu.

Di ruangan komen seorang pengguna lain bertanya, berapa banyak kerugian dia terkena. Dan dia menyatakan RM288.00.

Ada juga yang menyatakan bahawa dari cara penjual tiket itu membalas perbualan dengan Bahasa Inggeris penuh pun sudah boleh mengesyaki ada sesuatu tak kena.

Selain itu, nama pada kad pengenalan dan no akaun bank juga tidak sama.

Mungkin kerana terlalu teruja dapat tiket harga murah pada hari terakhir sebelum konsert bermula membuatkan peminat Coldplay itu gelap mata.

Kami membuat tinjauan di akaun media sosial scammer tersebut, ternyata dia masih aktif menjual dan masih ramai juga yang berminat dengan tawaran tiket tersebut.

Namun semakin ramai yang mengingatkan pengguna lain bahawa orang tersebut adalah penipu dan jangan terperdaya dengannya.