Setelah sekian lama dinantikan, akhirnya konsert Coldplay: Music Of The Spheres bakal berlangsung  di Stadium Nasional Bukit Jalil pada hari ini. Para peminat sudah pasti tidak sabar untuk merasai pengalaman terindah bersama selebriti kesayangan mereka.

Menurut laporan Harian Metro, Walaupun pintu akan dibuka pada jam 5 petang, seawal jam 7 pagi, perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sudah dibanjiri ratusan peminat yang berbaris untuk menonton konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, malam ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Harian Metro

Dalam pada itu, peminat dari Batam, Indonesia yang dikenali sebagai Dea berkata, dia menyesal tiba di situ kira-kira jam 10 pagi kerana barisan sudah panjang di bahagian pintu masuk kawasan ‘Standing Zone’.

“Menyesal pula saya datang jam 10 pagi. Patut datang jam 8 pagi begitu. Terkejut saya bila sampai sudah panjang sangat barisannnya.

Bahkan, ada peminat dari Indonesia lain yang mendedahkan bahawa mereka lebih selesa datang ke konsert di Malaysia kerana kosnya jauh lebih murah berbanding di negara mereka sendiri. Dia hanya perlu naik feri dari Batam ke Johor kemudian naik bas ke Kuala Lumpur.

Menurut seorang pengawal keselamatan yang enggan dikenali, dia yang tiba jam 7 pagi untuk memulakan tugas terkejut apabila ramai sudah berbaris.

“Sudah beratus juga sampai seawal itu. Begitu juga dengan barisan untuk khemah menjual cendera hati,” katanya.

Kira-kira jam 11 pagi, jumlah yang berbaris naik berganda di mana mereka sanggup berpanas dan duduk atas jalan tar. Ada yang berpayung dan membawa kerusi lipat.

Sementara itu, dilaporkan bahawa wujud penipuan penjualan tiket konsert Coldplay di platform media sosial sehingga menyebabkan kerugian ratusan ringgit.