Peminat skuad kebangsaan Filipina tidak berpuas hati dengan pengadil selepas pasukan mereka tewas kepada Malaysia dalam aksi separuh akhir kejohanan Pestabola Merdeka 2024 baru-baru ini.
Pengadil dari Indonesia, Yudi Nurcahya diberi tanggungjawab untuk mengendalikan perlawanan antara kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Bukit Jalil yang menyaksikan Malaysia menang dengan keputusan 2-1.
Baca Juga:
- Pestabola Merdeka 2024: Atasi Filipina 2-1, Malaysia Ke Final
- Syamer Kutty Abba Hormati Keputusan Peminat Boikot Pestabola Merdeka 2024
- Ramai Penyokong Boikot, Tiket Pestabola Merdeka Tak Laku
Selepas perlawanan, peminat Filipina meluahkan rasa tidak puas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh Yudi.
“Sebahagian dari wang yang diberikan oleh kerajaan Malayaia kepada pasukan kebangsaan mereka 100 peratus disalurkan kepada pengadil perlawanan,” kata seorang peminat di laman X.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) September 4, 2024
Ada juga peminat yang mengaitkan kekalahan pasukan mereka dengan kegagalan Malaysia meraih pingat emas dalam temasya Sukan Olimpik.
“Patutlah mereka tidak memenangi sebarang pingat emas dalam Sukan Olimpik,” tulis seorang lagi peminat.
Dua jaringan daripada Syamer Kutty Abba pada separuh masa pertama dan Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada separuh masa kedua sudah cukup untuk melayakkan Malaysia ke pentas akhir dimana mereka akan bertemu Lebanon.
Sepakan penalti itu dihadiahkan pengadil perlawanan berikutan kekasaran dilakukan oleh pertahanan Filipina, Matthew Baldisimo terhadap Arif Aiman ketika Malaysia melakukan serangan balas pantas.
Kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan untuk memberikan ruang buat skuad Harimau Malaya peluang menebus kehampaan tewas pada aksi final edisi lalu.
Tahun lalu menyaksikan skuad negara tewas 0-2 pada perlawanan akhir kepada Tajikistan yang dibimbing oleh Petar Sergt.
Terdahulu, Lebanon berjaya menewaskan Tajikistan dengan keputusan 1-0 dan juara bertahan itu akan berdepan Filipina bagi penentuan tempat ketiga.